MADMIE | PHOTOGRAPHER, FILMMAKER
COLORING SINCE 2010
round minus
round plus

Travel - Japan

日本国 by Madmie

Beberapa perkara yang saya belajar tentang Jepun:
1) Kerajaan Jepun mengenakan 8% GST kepada rakyatnya. Namun begitu, hasil cukai dipulangkan kembali kepada rakyatnya.

- Kos melahirkan anak ditanggung separa oleh kerajaan Jepun bahkan disara sehingga anak itu berusia 6 tahun. (T&C applied)
- Air paip telah sedia ditapis dan boleh terus diminum.
- Sukar menjumpai jalan raya yang retak atau berlopak.

2) Gaji asas pekerja di sini secara puratanya RM6k-7k sebulan.

- Justeru, meskipun kos sara hidup seperti makan minum dan kos pengangkutan yang agak tinggi, tetapi pendapatan mereka lebih dari cukup untuk mereka hidup dengan selesa.
- Malah simpanan setahun bekerja memadai untuk mereka melancong ke luar negara setiap tahun.
- Gaji seorang pengutip sampah di sini boleh mencecah RM400 sehari.

3) Rakyat di sini mempunyai “pride” yang sangat tinggi.

- Semenjak kecil lagi mereka dilatih untuk mengamalkan budi pekerti yang mulia, malah ibu yang bekerja juga akan berhenti kerja semata-mata untuk mendidik anak di rumah.
- Di Jepun anda tidak akan menjumpai pengemis, meskipun mereka itu gelandangan.
- Di Jepun anda tidak perlu risau barang dicuri. Mencuri adalah satu penghinaan buat mereka. Kami tidur dengan membiar pintu rumah terbuka untuk ventilasi tanpa perlu rasa risau disembelih. Taraf hidup yang baik serta serba kecukupan juga menjadikan faktor kecurian menjadi kes yang sangat jarang di Jepun

4) Lain-lain

- Makanan Jepun kurang berminyak dan menyihatkan.
- Tren di Jepun sangat menepati masa. 
- Internet di sini sangat lajuuuu.
- Persekitaran yang sangat bersih.
- Kalau pergi membeli barang, tanya pekerja di situ barang sekian-sekian dimana, kalau barang sekian-sekian tu di tingkat 4, sampai tingkat 4 dia bawa kita.
- Ucapan terima kasih, maaf tidak pernah lekang dari mulut mereka.
- Di Jepun kalau anda dilanggar kereta, anda akan dibayar dengan lumayan, tidak mengira salah siapa. Mahu pendapatan tambahan? ..... :p

Kalau ditanya apa yang paling saya suka, oh saya paling suka gempa bumi di sini. It’s sensational, it’s cool and terrifying at the same time.
































0 comments: