MADMIE | PHOTOGRAPHER, FILMMAKER
COLORING SINCE 2010
round minus
round plus

Short Film - M.U.J.A.H.I.D



Roses are red,
Violets are blue,
Life might be hard,
May Allah salvage you.

All new short film M.U.J.A.H.I.D
From M.U.J.A.H.I.D to Mujahid

Madmie Channel
En Route to Ustaziyatul Alam




Filem Mujahid, pantulan kehidupan saya.
Walaupun bukan secara keseluruhannya.

Saya bukanlah seorang yang pandai waktu bersekolah dahulu.
Saya tidak pernah lulus subjek Matematik Tambahan.
Masa kelas menangis.
Masa buat latihan menangis.
Masa telefon mak pun menangis.

Matahari seolah tidak pernah terbit ketika itu.
Rasa seolah tak ada masa depan lagi.
Rasa seolah layak mengemis sahaja selepas tamat pengajian.

Waktu keputusan SPM keluar keajaiban berlaku, rasa keputusan diberkati.
Rasa lorong yang gelap terpancar larik cahaya dari pintu yang terkuak kecil.
Rasa seolah ditarik keluar muka yang tersembam ke dalam air.

Direzekikan ke matrikulasi, bermulalah kehidupan baharu.
Bertembung pula dengan matematik tulen. Basah lagi pipi.
Belajar subjek Kimia, kena mengira juga.
Hai pagi, cepat benar engkau bertukar senja?

3 bulan terkepit, 3 bulan rasa dihimpit
Allah selamatkan saya lagi. Allah terbangkan saya ke China.
Tidak ada lagi subjek yang kena kira-kira. Bahagia.
Maka tersimpanlah kalkulator saintifik di dalam laci.
Tiadalah ia disentuh lagi.

Berlalulah 5 tahun, tamatlah pengajian.
Ditakdirkan untuk menjadi pensyarah di sebuah kolej MARA di Johor.
Mengajar setahun entah kenapa rasa jiwa tak serasi.
Mungkin banyak sangat baca buku Robert T Kiyosaki.
Hati kecil memberontak.
Menjerit-jerit “Hey kalau kau nak jadi orang biasa-biasa kerjalah makan gaji.”

Terseksanya jiwa tiadalah rakan sekerja tahu.
Laranya hati tiadalah ahli keluarga yang dapat memahami.
“Syukurlah engkau ada kerja, bukan main susah zaman sekarang nak cari kerja”
Getus mereka.
Entahlah, cara fikir saya sudah lain, sudut pandang saya sudah tidak sama lagi.

Mujur Allah keluarkan saya lagi, dari kesusahan-kesusahan itu.
Allah letakkan di tempat yang lebih baik saya tak pernah sangka selama ini.
Keserabutan demi keserabutan.
Kesempitan demi kesempitan.
Dialah yang merungkaikan.
Dialah yang melapangkan.

Saudaraku, letihkah engkau?

Tenungilah, renungilah, hayatilah ayatul Furqan ini:

“…dan sesiapa yang bertaqwa, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar” (At-Talaaq:2)
I
tulah resepinya, itulah ubatnya.
Kepahitan hidup yang dilalui, barangkali itulah motivasi kita untuk bertambah taqwa. Itulah cara Tuhan melebarkan kasihNya. Itulah caraNya engkau dijauhkan dari api neraka. Sungguh beruntung mereka yang tidak mensia-siakannya.

“….maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”. (Quran:2:38)

Hari ini hampir setiap hari bermain dengan nombor. Aneh percaturanNya, tapi saya sangat menyukainya. tiada lagi air mata, hanya senyuman.
Aneh tapi, langsung tidak ada kaitan dengan apa yang dipelajari di sekolah dahulu. :)

0 comments: