MADMIE | PHOTOGRAPHER, FILMMAKER
COLORING SINCE 2010
round minus
round plus

Short Film - Back To School


Sinopsis:
Sequel kepada filem pendek 'Qanaah'. Mengisahkan tentang seorang anak kecil, Afiq, yang kehilangan kedua ibu-bapanya dalam nahas jalan raya, kini tinggal dengan ibu saudaranya bersama adik beradiknya yang lain. Sesi persekolahan baru bakal dibuka tidak lama lagi, dihimpit dengan kehidupan yang susah, Afiq menjadi semakin risau dengan tahun baharu yang bakal ditempuhnya nanti.

------------------------------------------------------------------------

Semudah abc, ibadah juga semudah meniatkan sesuatu perkara mubah(harus) kerana Allah seperti mandi untuk membersihkan diri kerana Allah, gosok gigi sebagai tanda bersyukur, tidur dengan niat untuk lebih bertenaga melakukan ibadah, belajar untuk membangunkan ummah  dan sebagainya. Namun demikian, hati yang ikhlas tetap menjadi syarat lulus bagi penerimaan sesuatu amalan. Hanya dengan hati yang tulus membuat sesuatu keranaNya dan mengharapkan redhaNya tanpa mencemarkan niat tadi untuk pengiktirafan manusia, keuntungan material atau seumpamanya insya Allah ibadah itu layak diterima.

Benarlah semudah abc, indahnya Islam, dengan hanya berniat untuk melakukan kebaikan sahaja sudah pun dicatatkan pahala untuk kita. Belum lagi dikira pahala berganda setelah melakukan kebaikan yang kita niatkan tadi. Ayuh jangan malas berniat!

Blog ini telah berpindah ke http://www.madmie.com/

0 comments: