MADMIE | PHOTOGRAPHER, FILMMAKER
COLORING SINCE 2010
round minus
round plus

Short Film - The Drama King

           




I amar prestar aen
The world is changed 

Ham mathon ne nen
I feel it in the water

A han noston ned 'wilith
I smell it in the air

Much what once was… is lost
For “none” now live who remember it.

-The Fall of 1924-


Disklemer 1: Artikel ini mungkin kurang sesuai buat mereka yang kurang selesa terhadap terma seperti dakwah, tarbiyah, usrah dan seumpamanya.

Disklemer 2: Penonton bebas mentadabbur (menghayati) filem pendek “The Drama King” dengan mengaitkannya dengan kehidupan sendiri tanpa perlu terikat dengan tadabbur dari penulis. Asas tadabbur yang dianjurkan adalah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

* * * * *
Mereka merupakan kaum yang telah dimuliakan untuk diutuskan rasul silih berganti,

Mereka kaum yang telah menyaksikan kekuasaan Allah membelah Laut Merah dengan mata kepala mereka sendiri,

Mereka kaum yang telah merasai kebenaran apabila melihat kesudahan taghut, si Firaun mati ditenggelami,

Mereka kaum yang pernah digalaskan tugas kekhalifahan, namun sebaliknya memilih untuk berpaling hati, menyembah nafsu panduan Syaitan yang direjam lagi dilaknati.

Merekalah kaumnya nabi Musa, Bani Israil – “The Drama Kings”.


Tersebut alkisah sebuah negeri yang diperintah oleh pemerintah yang zalim, yang menyeksa mereka dengan seburuk-buruknya, yang menyembelih anak-anak lelaki mereka, yang menindas dan memperlakukan mereka dengan sewenang-wenangnya. Lalu Allah dengan rahmat dan belas-kasihNya telah mengeluarkan mereka dari kekejaman dan keangkuhan Firaun di negeri Mesir dengan membuka laluan di tengah laut Merah untuk mereka menyeberang menyelamatkan diri ke Palestin.

Bani Israil yang rata-ratanya sangat mengenali hakikat ilmu sihir itu sendiri mengakui tongkat yang dilempar Musa yang bertukar menjadi ular, dan tongkat yang membelah laut Merah itu bukanlah ilmu sihir, ia bukan suatu kuasa yang mampu didatangkan oleh manusia, ianya tidak melainkan kuasa mukjizat yang turun dari Yang Maha Penguasa, Allah Azzawajalla. Namun setelah mengakui hakikat kebenaran itu, pengakuan iman mereka itu hanyalah sekadar pengakuan kosong semata, ia tidak dizahirkan melalui pengabdian kepada Allah s.w.t, ia juga tidak dibuktikan dengan melaksanakan tanggungjawab kekhalifahan yang Allah pertanggungjawabkan kepada umat manusia. Sudahlah diselamatkan, sudahlah menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri akan kebenaran, namun suatu ketika sepeninggalan Nabi Musa ke gunung Tursina untuk mendapat wahyu, mereka tetap memilih untuk kufur dari bersyukur. Kerna tipu daya syaitan dan nafsu, mereka tersungkur.

“Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim.” [Quran:Al-Baqarah:92]
            
           Disebut juga  di dalam Quran kisah di mana Bani Israil pernah dikurniakan nikmat istimewa yakni makanan yang diturunkan dari langit yang berupa “manna” dan “salwa”, namun setelah beberapa waktu berlalu, nikmat ini juga turut mereka kufuri:
“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya"………” [Quran:Al-Baqarah:61]

Sungguh, mereka kaum yang cukup mengada-ngada.

Begitu banyak nikmat kurniaan Allah kepada mereka yang tidak mereka syukuri, dan pengabaian mereka terhadap tanggungjawab yang diamanahkan kepada umat manusia lalu telah mengundang murkaNya. Jadi apakah kesudahan bagi kaum ini? Dan apakah kaitannya dengan filem pendek “The Drama King” ini? Mari kita menelusuri dengan menyimbolkan watak-watak di dalam cerita ini seperti berikut: 


Perangai Muhaimin = Sikap bani Israil
Pelakon-pelakon = Pembawa panji-panji Islam/Khalifah
Helikoptina = Islam
Pakcik yang menghadiahkan Helikoptina = Metafora kepada Allah yang menurunkan Islam
Kejayaan menerbangkan = Ustaziyatul Alam/Syurga
            
           Helikoptina merupakan helikopter yang telah dihadiahkan kepada Muhaimin oleh pakciknya, namun atas permintaan pakciknya, dia perlu memasangnya terlebih dahulu sebelum dapat bermain. Begitulah juga Islam, jika Allah mahu memberi kemenangan kepada Islam hanyalah Dia berfirman “Jadilah!” maka dengan sekelip mata sahaja ia terus menjadi, maka selesailah segala masalah penindasan umat Islam di seluruh dunia, maka tersaksilah dunia akan keindahan Islam dengan pelaksanaan sistemnya yang syumul dan adil, maka Islam pun dapat menjadi guru dan contoh kepada dunia sepertimana negara Amerika sekarang. Bukankah Islam ini kesayangan Allah? Tetapi mengapa Dia tidak menangkannya sahaja? Islam adalah deen yang diturunkan untuk umat manusia, untuk manusia “memasangnya” yakni menegakkannya kerana agama ini bukanlah agama magis yang bisa menang tanpa usaha.
            
            Buat diri dan para du’at yang dikasihi Allah, syukur Allah telah memilih kita untuk menikmati nikmat Islam dan nikmat iman, lalu dipilih pula untuk merasai nikmat tarbiyah ini, cuma kita  khuatir nikmat-nikmat tersebut yang kita kecapi hari ini, mudah pula untuk kita tidak mensyukurinya. Seperti kata bijak pandai, benda yang mudah didapati, mudah juga berlalu pergi, seperti juga Muhaimin yang senang-senang menerima hadiah, senang-senang pula membuangnya, seolah-seolah kekecewaannya itu telah menghapus terus memori kegembiraan sewaktu menerimanya. Kita khuatir kita seperti yang disebutkan Quran:

“Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakan dan memberinya kesenangan, maka dia berkata,”Tuhanku telah memuliakanku”. Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, “Tuhanku telah menghinaku”. Sekali-kali tidak!” [Quran:Al-Fajr:15-17]

 Kita khuatir tugas kekhalifahan dan kerja dakwah kita ini hanyalah dilakukan ketika kita merasa aman dan senang sahaja, apabila kehidupan kita terumbang-ambing diuji, kita terus memilih untuk “berehat seketika”. Lebih parah apabila mereka yang berputus asa pula membuat keputusan untuk “pencen” dan meninggalkan terus jalan ini. Sedangkan kerja pengislahan kita masih banyak yang perlu dilakukan. Berapa ramai masyarakat yang masih lena diselimuti jahiliyyah, dan berapa ramai yang masih beranggapan Islam cukup hanya sekadar berada dalam lingkungan ibadah sahaja, belum dikira Islam dianggap sebagai suatu kepelikan dan ekstrim buat mereka yang masih belum benar-benar memahami. Cahaya Islam yang tulen seperti zaman as-sabiqun awwalun dahulu masih belum sempat menembusi ruang-ruang gelap masyarakat.

 Belum cukupkah kejatuhan empayar Abbasiyah akibat meninggalkan jihad sebagai satu amaran? Belum cukupkah penggulingan khilafah Islamiyyah pada tahun 1924 sebagai satu tamparan? Allah tetap akan menyempurnakan cahayaNya walaupun tanpa keberadaan kita, keculasan kita tidak akan merugikanNya walau sedikit. Amat mudah bagiNya menghancurkan kita sebagaimana mudahnya kaum Nuh yang lemas ditenggelami, kaum Luth yang musnah diterbalikkan bumi, termasuklah kemuliaan kaum bani Israil yang dicabut lalu dipindahkan kepada masyarakat Arab dengan perutusan nabi Muhammad s.a.w. Tiada lagi rasul yang diutuskan dalam kalangan mereka seperti mana sebelum-sebelumnya. Ya, mereka ini kaum-kaum yang diganti.

“Dan jika kamu berpaling, Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu”. [Quran:Muhammad:38]

“Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” [Quran:At-Taubah:39]

Muhaimin yang telah mengabaikan dan membuang Helikoptina kerana telah berputus-asa menerbangkannya telah terlepas peluang menikmati kegembiraan melihat Helikoptina terbang, ianya sebaliknya dinikmati oleh rakan-rakannya yang lain yang lebih berkemahuan dan lebih bersungguh-sungguh berusaha menerbangkannya. Rugilah dia, rugilah setelah penat separuh jalan berusaha.

Bani Israil setelah melihat kebenaran sebaliknya memilih untuk menyembah patung anak lembu, kita yang merasai kebenaran ini pula, apa pilihan kita? Mahu jadi yang ditapis, atau yang tertapis?

* * * * *
Kita ini orang yang diberi sampan,
Disuruh mendayung difikir pula seratus alasan,
Si lemas itu sungguh kasihan,
Serban si pendayung tak beri harapan.

___________________________________

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum bergelar graduan. Selepas ini masing-masing akan pulang melepaskan pucuk masing-masing. Buat sahabat seperjuangan yang dikasihi, ana doakan tarbiyah dan dakwah kekal menjadi udara yang kita hirupi, kekal sebagai nadi untuk meneruskan perjuangan ar-Rasul yang kita sanjungi, walaupun setelah pulang ke tanah air.

Kepada adik-adik junior yang dikasihi, semoga terus tsabat! Ana doakan tarbiyah China semakin berakar umbi. Janganlah disebabkan pemergian kami, pakat-pakat pulak futur jama’ie. Ehe.

Diri yang menulis moga-moga diri ini juga tidak hilang dari jalan ini. Doakan ana tsabat, doakan kita semua tsabat. 

-Madmie-

Nota kaki: Ada yang menyimbolkan Helikoptina sebagai mad'u/mutarabbi. Ada pula yang mentadabburkan babak Aiman mengajak Muhaimin sebagai panggilan hidayah. Kesan dan penghayatannya berbeza melalui sudut pandangan yang berbeza. That's the beauty and power of tadabbur. Begitulah Quran harus ditadabbur, agar ia dekat dengan kehidupan.

P/s: Tadabbur tidak sama dengan tafsir ya. 






14 comments:

  1. Doakan kami junior di China ni ya. Semoga diteruskan DnT di tanah tumpahnya darah. Ini logam awak, teruskan. InsyaAllah, Allah berkati. Ikhlaskan hati, tajdid niat selalu.

    ReplyDelete
  2. Insya Allah :)
    Jazakallahu khairan kathira.

    ReplyDelete
  3. Selamat bergraduasi kepada semua kakak & abang,
    dan Selamat Menjadi Murobbi dan Guru yang Mantap!


    Doakan selalu kami adik-adik di sini.

    (Like.)
    comment : video tadabbur ni best :D




    ReplyDelete
  4. subhanallah!
    thumbs up!

    benda yang mudah dapat mudah pergi.
    dan benarlah begitu juga hidayah.
    bilamana kita dapat.lalu tak tahan dengan susah yang ada. kemudian dipersiakan. pasti kita takkan lagi mampu merasai indahnya ia.sigh! padahal Allah dah janji lepas yang payah pasti ada mudah.

    astaghfirullahalazim

    well written. may Allah ease everything, keep it up.

    ReplyDelete
  5. Salam. Nak tanya, part muhaimin dengar lagu dari radio tu, pakai soundtrack apa ye? jzkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Ini tajuknya: The Spirit Of Adventure.

      Delete
  6. Salam Ramadhan. Nak tanya. Boleh tak kalau ana ingin menggunakan gambar2 yang ditangkap oleh akhi, untuk tujuan dakwah dan tarbiyah? If yes, perlukah ana meng'kredit' akhi? Jzkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadan. Boleh, dipersilakan. Kredit tu terpulang. :)

      Delete

  7. Akh,
    我有一个问题,

    您怎么厉害用Adobe Photoshop,Adobe Premiere Pro 等等。
    我真的不会用,可真够糊涂的!

    所以您可以告诉我们(尤其是女生) Tips etc 一点儿吗?

    希望您可以帮我
    谢谢。。!

    May Allah bless.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 你的困惑我很理解,要学会使用这些软件可并非易事,可并非一个晚上而就能学会的。一开始可能会觉得困难,不过我们要一步一步地来!

      你会用torrent吗?我建议你到任何torrent网站,下载Lynda.com的辅导视频,看视频就简单多了。

      希望此建议能帮到你。 :)

      Delete
  8. Subhanallah..video2 oseme!teruskan usaha..sgt best bila mana islam diambil scr kaffah..moga dnt terus berkembang mekar disana

    ReplyDelete