MADMIE | PHOTOGRAPHER, FILMMAKER
COLORING SINCE 2010
round minus
round plus

Travel - Fenghuang County II

Tidak kurang juga yang bertanya, lama benar sudah tidak berkarya, fotografi terutamanya. Entah, setelah diamati berkali-kali karya sebelum ini, setelah hampir 3 tahun berhubungan akrab dengan fotografi, mula terbit satu rasa untuk membuat “self-reflection” seketika.   

Setiap klik shutter yang berbunyi, setiap aksesori tambahan yang dibeli, gambar yang terhasil, bertambah imankah mata-mata yang menatapi? Sejauh manakah ia menarik manusia kembali mencari Al-Khaliq? Atau ianya hanya sekadar sebuah ekspresi untuk mendabik diri? Atau ianya sebagai satu medium takungan untuk menadah puji-muji? Nauzubillah…  

Oh diriku… Jika benar Allah diletakkan pada kedudukan yang tertinggi, kenapa engkau pula yang lebih-lebih dipuji? Bakat yang dimiliki engkau yang cipta sendiri atau Tuhan yang kasi? Kelebihan yang diberi sudahkah digunakan di atas jalan yang diredhai?  

Aku melihat karya penggiat-penggiat seni di luar sana, aku terpana aku terkesima. Tapi entah semakin lama aku menatapnya, semakinku rasa hambar tak berwarna. Kosong. Ia seperti jag yang cantik tetapi bocor, yang tidak bisa dibancuh air di dalamnya, tidak bisa juga menghilangkan kering tekak yang dahaga. Katanya Islam darah dagingnya, tetapi kenapa bila dibandingkan dengan  karya bukan Islam, tak nampak pula bezanya?  

Mungkin ini salahku juga, aku tidak menunjukkan jalan yang sepatutnya. T.T  

Aku kembali melihat gambar-gambarku, ahh kosong tak bernilai juga. Mungkin sudah tiba masanya untuk mencalit sedikit “warna”.

































[14]
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). 
[15]
Katakanlah: "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya; 
[16]
(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka"; 
[17]
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur. 

[QS:Ali-Imran:14-17]


Photography by Ahmad Zulhilmi Sobri
Kindly click on any photo for slideshows.

Madmie Photography © 2013

8 comments:

  1. love the pics.inspired me a lot bro.=)

    ReplyDelete
  2. Cantik gambar2nya...saya pernah ke Hunan Uni dan sempat ke FengHuang 3 hari...but not sure tempat yang sama atau tak...

    ReplyDelete
  3. Subhanallah..cantik. somehow gambar2 tu mengingatkan saya tentang ayat2 ni.



    Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya) (32) Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu (33) Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya (34) [Surah Ibrahim]

    ReplyDelete
  4. rasa seronok bila baca isi2 blog ni.
    saya bdk sekolah dan tak ramai org sekeliling saya yang share benda-2 macam ni



    teruskan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah, insya Allah!

      Teruskan mencari dan mencari, hidayah Tuhan setia menanti pencari sejati. :)

      Delete