MADMIE | PHOTOGRAPHER, FILMMAKER
COLORING SINCE 2010
round minus
round plus

Travel- Utopia, The Land of Tír na nÓg




Sambil tengok gambar sambil kita hayati nikmat-nikmat syurga :D
(Gambar sekadar hiasan)

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. [Al-Baqarah 2:25]





[7]Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. 
[8]Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. [Al-Bayyinah 7-8]




[22]Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat: 
[23]Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ). 
[24]Engkau dapat melihat pada muka mereka: cahaya nikmat yang mereka perolehi. 
[25]Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya, 
[26]Meterainya kasturi; - dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan. [Al Mutaffifiin 22-26]




[31]Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini. 
[32](Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur; 
[33]Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya; 
[34]Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman; 
[35]Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta; 
[36]Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya) [An-Naba 31-36]





[40]Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, - 
[41]Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. [An-Naziaat 40-41]




Di dalam syurga, nikmatnya tidak terhingga, sehingga digambarkan kenikmatannya adalah sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah juga terlintas dalam fikiran manusia. Di dalam al-Quran, Allah menyifatkan syurga itu dengan beberapa keadaan seperti difirman oleh-Nya, bermaksud: 

“Di dalamnya ada sungai-sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai daripada susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai daripada khamar yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai daripada madu yang disaring dan mereka di dalamnya memperoleh segala macam buah-buahan.” [Surah Muhammad:15]




[69]Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
[An-Nisa:69]








[214]Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
[Al-Baqarah:214]




[142]Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
[Ali Imran:142]








Manfaatkanlah dunia dengan bijaksana iaitu kita berusaha memanfaatkan kehidupan dunia sebagai jambatan menuju kebahagiaan akhirat(syurga), insya-Allah kita akan diberikan kedua-duanya (kebahagiaan dunia dan akhirat). Namun sekiranya kita hanya mengutamakan kehidupan dunia dan melupakan akhirat, maka Allah hanya akan memberikan satu kenikmatan sahaja iaitu dunia semata.

13 comments:

  1. kenapa cantik sangat ni haaaa ?

    ReplyDelete
  2. what a really nice pictures..subhanallah :)

    ReplyDelete
  3. serius.cantik sangat.sungguh indah ciptaan-Nya :)

    ReplyDelete
  4. chantek bro dgn gabungan ayat2 tuh mmg solute artwork u dude.

    *sy nk berguru dgn bro boleh?

    ReplyDelete
  5. sy sgt suke sume picture kt cni
    sensei sy yg cdgkan sy cari blog ni
    subhanallah! mmg cantik

    ReplyDelete
  6. Terima kasih semua
    Segala pujian bagi Allah :)

    ReplyDelete
  7. subhanallah. thats really great pics. :)

    ReplyDelete
  8. subhanallah... it's really great picca... makes me open my eye's n my heart...

    ReplyDelete
  9. sgt cantik !! ambik buat wallpaper bole x ?? ^^v

    ReplyDelete
  10. ... ^^ & Puteri Mama SaYaNg: terima kasih, segala puji bagi Allah :)


    bEella sabri: dipersilakan :)

    ReplyDelete