MADMIE | PHOTOGRAPHER, FILMMAKER
COLORING SINCE 2010
round minus
round plus

For Clients & Photographers

Jarang sekali mendapati diri ini menulis. Namun pertambahan bilangan fotografer yang tumbuh bak cendawan selepas hujan hari ini dan permintaan dari para pelanggan untuk menangkap gambar membuatkan diri rasa terpanggil untuk menulis. Saya mengakui diri bukanlah dari kalangan fotografer yang hebat, tetapi memikirkan tanggungjawab yang harus dipikul, dipaksa juga diri ini untuk melarik pena, untuk manfaat semua.

Kepada klien yang dihormati:
    Terharu, gembira dan sangat bersyukur dengan pelawaan saudara & saudari yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi tukang tangkap gambar perkahwinan anda pada masa hadapan nanti. Terima kasih saya ucapkan. Namun setelah beberapa hari beristikharah, saya membuat keputusan untuk menolak semua pelawaan saudara & saudari kerana khuatir dengan beberapa perkara.

    Saya bukanlah mufti, ulama atau golongan alim untuk menetapkan hukum di sini. Sebagai seorang fotografer, saya berkemungkinan untuk berurusan dengan klien yang penutupan auratnya tidak sempurna ( free hair, pakaian yang menampakkan susuk tubuh etc) dan sangat berisiko untuk menanggung saham dosa lebih-lebih lagi jikalau gambar di muat naik ke laman Facebook. Saya tidak berani untuk menanggung saham dosa yang terus-terusan mengalir. Saya pasti dalam kalangan saudari pasti akan mengatakan saudari akan cuba untuk menjaga aurat sebaik mungkin untuk penggambaran, tetapi itu bukan point utama saya. Pokoknya, saya tidak mahu terlibat dengan perkara yang saya kurang mempunyai keyakinan (syubhah) terhadapnya. Seperti hadis Rasulullah SAW:

Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Maka siapa yang takut terhadap syubhat bererti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahawa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya dan jika ia buruk, maka buruklah seluruh jasadnya; ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati “. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Diharap saudara dan saudari faham akan keputusan yang telah saya pilih. Ribuan kemaafan saya ucapkan.

Kepada jurugambar yang dihormati sekalian:
 
    Bukanlah saya ingin mengatakan portrait fotografi itu haram. Tetapi lakukanlah dengan cara yang berlandaskan syarak, lakukanlah dengan cara yang tidak menimbulkan nafsu syahwat yang sedia diketahui akan keburukannya. Sama ada sedar atau tidak, ramai fotografer yang telah keluar dari garisan yang sepatutnya. Kepada fotografer yang gemar menangkap gambar "model yang tak cukup kain", cubalah mencari alternatif lain, alternatif yang halal dan berkat. Fotografi merupakan subjek yang luas dan menangkap gambar model-model seksi bukanlah satu-satunya pilihan yang anda ada. Cubalah anda bayangkan hari ini anda ditakdirkan untuk menemui ajal dan gambar-gambar model seksi anda masih menjadi tatapan umum, mahukah anda terus menerus diazab di dalam kubur nanti? Nauzubillahiminzalik.

Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: “Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu”.....  [Al-Anfal-48]

   Saya pasti akan ada yang bertanya  "Bagaimana pula dengan pendapatan saya nanti? Saya dah bina reputasi, kalau saya berhenti macam mana saya nak sara hidup nanti?". Jawapan saya, kenapa perlu risau? bukankah Allah satu-satunya pemberi rezeki? Bahkan kamera yang kita gunakan itupun tanpa kehendak-Nya kita takkan mampu untuk memilikinya. Firman Allah SWT:

(2) Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatu pun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatu pun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan ingatlah Dia-lah sahaja yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. (3)Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan dari menyembah-Nya? [Al-Faatir: 2-3]

   Ambillah peluang dengan bakat fotografi yang ada dengan mengembangkan syiar Islam dengan gambar-gambar yang apabila dilihat, lebih mendekatkan kita kepada Maha Pencipta. Allah memberi kebebasan kepada kita untuk membuat pilihan. Terpulanglah kepada anda untuk memilih jalan yang baik atau buruk, jalan yang membawa ke syurga atau ke neraka.

   Ribuan kemaafan dipinta sekiranya penulisan ini mengguris mana-mana pihak. Saya hanya sekadar manusia biasa, sebarang kesilapan dalam penulisan mohon diperbetulkan. Sebarkan untuk kebaikan bersama. Semoga bermanfaat.




                                                                                                                                                 Love,
                                                                                                                                               Madmie


Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.” (Riwayat Muslim)

12 comments:

  1. Ow please don't get me wrong. I'm not saying that wedding photograpy is a sin. Just that I do not want to take the risk. Well you know, jarang sangat nak jumpa baju wedding yg x ketat kan?

    ReplyDelete
  2. senyum :)

    Apabila Allah menutup satu pintu rezeki, Dia sudah sedia membuka 9 lagi pintu rezeki lain.InsyaAllah,semoga dipermudahkan untuk jalan jalan akan datang, dan oh ye,
    semoga bermujahadah menyampai dakwah dalam gambar.

    :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...dah mmg aware dgn perkara ni dan setuju dgn post ni yg mana kebykan photographer tgkp gmbr gadis2 Islam tidak menutup aurat dgn alasan nk expand portfolio...

    cume nk tnye pendapat, bgaimana jika tgkp gmbr org bukan Islam, kemudian upload gmbr mereka bagaimana pula? sbb saya perempuan, jadi xde masalah jika melihat rmbut perempuan dsbg..tp jika client itu adalah org bukan Islam, dan tentu nya mereka menampakkan rambut dan aurat wanita..kemudian photographer meng-upload gmbr mereka pula..adakah rambut wanita bukan Islam di kira aurat juga...? bagaimana ye? boleh berkongsi pendapat?

    ReplyDelete
  4. awesome. u r not just have the talent arent you. but you got it all. nape nak risau dgn rezeki sedang rezeki itu Allah yangbagi. just relax. he knows what's better. good luck for your future. u just keep on impressed me!!

    ReplyDelete
  5. ni Itaewon mosque, seoul korea..kenangan..nice pic..

    ReplyDelete
  6. salam cik zawa,

    sy ni bkn la pandai sgt ilmu agama, tp bila kenangkan sabda Rasulullah, "Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat", tergerak nk mnjawab persoalan cik zawa..(walaupn cik zawa xtanya sy pon! huhuhu..)

    sbnrnya aurat ialah batas2 yg perlu dtutupi dari pandangan mata manusia secara amnya..dan org Islam dilarang MEMPERLIHATKAN dan MELIHAT aurat org lain..

    soal aurat pula dbincangkan dengan lebih mendalam oleh ahli fiqh..aurat sesama muslim, aurat muslim n non muslim, aurat dengan mahram, aurat dengan anak tiri/anak angkat/anak susuan dan byk lg.

    kesimpulannya, berbalik pd artikel, jgn hampiri perkara yg ragu2 (syubhah) kerana syubhah membawa kpd harram..

    ReplyDelete
  7. madmie pakai kamera apa shooting short film tomato tu? molek bebenor rupernya.

    ReplyDelete
  8. Wasalam, pasentren.

    Alhamdulillah, finally ada jugak suara yang berkongsi pendapat.
    Jzzkilllah.

    ReplyDelete
  9. Pasentren Kabupaten: Jazakallah hu khair tolong jawabkan.

    cik zawa: maaf sbb terlalu sibuk, tak sempat nak membalas soalan saudari.

    hitamanis: thanks! it was really sweet of you to say such beautiful things :)

    ReplyDelete
  10. Anonymous: saya pakai kamera Nikon D7000 utk shoot short film tuh :)

    ReplyDelete
  11. As-salam.. Nice entri..

    izin share.. boleh yer.. ^^,

    ReplyDelete