MADMIE | PHOTOGRAPHER, FILMMAKER
COLORING SINCE 2010
round minus
round plus

Videography - Syahadatul Haq



Antara tuntutan agama yang mesti dilaksanakan oleh setiap orang Islam ialah dakwah. Tuntutan ini disebabkan kerana dakwah itu merupakan satu keperluan bagi manusia seluruhnya. Tuntutan dan keperluan ini bukan semata-mata atas kepentingan akhirat, tetapi juga atas kepentingan hidup di dunia ni. Terdapat pelbagai dalil al-Quran mengenai kewajipan berdakwah antaranya ialah :


 1. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesunguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" (surah al-Nahl : 125)

2. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Bagi tiap-tiap umat telah Kami tetapkan syariat tertentu yang mereka lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantah engkau dalam urusan (syariat) ini dan serulah kepada (agama) Tuhanmu. Sesungguhnya kamu mudah-mudahan berada pada jalan yang lurus." (Surah al-Hajj : 67).

3. Firman Allah swt yang bermaksud : "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Surah Fussilat : 33)

4. Firman Allah swt yang bermaksud : "Dan orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepada mereka bergembira dengan kitab yang diturunkan kepadamu, dan di antara golongan-golongan yang bersekutu ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah, sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan Dia. Hanya kepadaNya aku menyeru (manusia) dan hanya kepadaNya aku kembali." (Surah ar-Ra'd : 36)

5. Hadith Rasulullah saw yang bermaksud : "Agama itu adalah nasihat, para sahabat bertanya : Untuk siapa? Baginda menjawab : Untuk Allah, Kitabnya, Rasulnya dan untuk pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan seluruh pengikutnya."



Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan video ini. Semoga sama-sama memperoleh saham pahala :)

2 comments:

  1. salam,
    awak buat video ni pakai software ape ye?
    and another one, nape sy tak leh open the original link kat utube ea?

    ReplyDelete
  2. saya edit video ni pakai Adobe Premiere Element 9
    tapi skrg saya dah bertukar kpd Premiere Pro :)

    tak pasti la pulak kenapa x boleh buka

    ReplyDelete